assalamualaikum..
sekarang kan haku tengah menghitung hari2 terakhir menjalani sisa hidop sebagai student part 2.puihh ayat dia tak boleh nak lagi hiperbola kan.dah persetankan penggunaan bahase melayu aku tuh.actually takdew nyew acara nak menghitong hari nak habis sem nie,hakikat nyew aku sekarang tengah bersusah payah bersengkang mata study n stay up last minute semata nak menjawab soklan final exam yang tengah berlangsong dengan jaya nyew sekarang nie.berjaya laa sangat kan..
hari khamis lepas adalah paper first aku untok final exam sem nie.fevret subjek hambe ehh.bio 150 metabolism & cell divison.dekat 3 hari aku buat buku bio tuh macam pakwe aku.berkepit non stop ko tahu.sampai nak membeli makanan kat pasor rabu pun aku rembat sekali nota bio tuh.gigih tak gigih laa kan.cuak betol bio sem nie.2 chapter bhai aku nak menghafal segala proses bagai.semak hotak aku nie.
khamis,2.15 petang,
melangkah laa masok aku ke dewan final.hahaha..ayat ko pun boleh macam tuh tikah.cuak tuh tak payah cakap,pucat tetiba muka aku nie.tapi pucat2 pun tak nak kalah ko dok wish gudluck kat mmbe2 nie.dapat laa mempamerkan senyuman plastik tuh padahal dalam hati memang macam nak terburai segala benda.
saat mendapat kertas soklan.
tengok objektif agak boleh menarik nafas lega dan tersenyum macam kerang basi.alhamdulilah,boleh laa hambe nak menjawab nyew.kalo dah memang tak tahu sangat,gasak laa hitamkan pape jawapan,kan name nyew multiple choice question.so memang tak logik laa nak cakap ko tak boleh nak jawab n tinggal macam tuh jew.
bila masok part b.waa terasa mahu menghantokkan kepala hotak ke kaki meja kerana soklan yang dibuat seolah2 menjadikan haku macam tak belajar apa2 sepanjang sem nie berlangsung.killler tahap nak mampos!!!okeyh,,nak mampos aku cakap!!!rasew nak menangis time tuh,nak konyok2 kan kertas tuh pun ade.tapi aku tabahkan hati n kuatkan iman.tak padan nak buat drama air mata petang2 macam tuh.
si lala kat belakang haku nie dah berapa kali terdengar keluhan beliau.tuan punya badan yang tengah menjawab ketika itu bukan setakat mengeluh,siap mencabot kan spec mata n melipat tudung gaya selekeh habeh semata nak memuntahkan balik fakta2 n proses2 yang telah dihafal.ustazah atikah yg jadi ketua pengawas time tuh telah menggelengkan kepala beliau bila terpandangkan aku yang dah memang sesak dan gasak tak tahu nak menulih jawapan kat atas kertas tuh.
bila jam dah tepat pukol 5.15 petang,
kertas jawapan tuh aku kasi kat pengawas yang kutip.tawakal jew laa.dah buat kan.walhal time jawab tadi aku rase macam tak belajar pape,tapi at least alhamdullilah aku lepas laa jugak nak menjawab.tapi risau dowh,takot diketawakan terbahak2 oleh letcurer sebab letak jawapan yang macam tah pape dgn niat taknak tinggal kosong.
dan saat aku merenung ke bawah,nak kutip bekas pensel..
taraaaaaaa.....
hoyeah,,1 pencapaian yang sangat bagos!!!kasut aku pun turut sama mengalami tekanan perasaan ketika menjawab paper bio.time yang aku tgok kat dewan exam tuh.riben yang kat depan tuh jew yang tercabot.tak perasaan n perasan pulak haku.dah tuh sesampai jew kat bilik aku,tumit kasot tuh pulak yang arwah.naseb baik dah sampai bilik.motip nak pakai kasot flat ladies sebegini pada hari 1st exam adalah nak bajet macam feminim serta nak kasi chan dekat sneakers aku untok bersenang lenang setelah 24/7 dibawak berjalan ke hulu hilir.tapi apekan daya,mentaliti n fizikal kasot flat nie tak sekuat mane.beliau tak mampu nak menahan pressure menjawab soklan bio yang susah n menyusahkan tuh.tuh pasal buat acara jahanam macam nie sekali.so don't put the blame on me.sila tuding jari n salahkan soklan bio yang payah tuh sampai kasot aku tak mampu nak meneruskan riwayat hidop nyew lagi..hahahaha
*doakan paper aku yang lepas nie pulak ehh..hopefully boleh jawab.ameen..

No comments:
Post a Comment