Thursday, 19 June 2014

entry tak tentu pasal

 assalamualaikum..

baru aku perasan, yang entry aku pasal dudok kolej tuh,rupanye first entry untok tahon nie. tetiba rase macam hebat pulak.

aicehh,,tak memasal pulak kan.

ada satu harituh, aku bukak lagu cerita frozen tuh, lepas tuh iolls pun bajet bajet nak fefeelling jadik comell so iolls pun bahan laa menyanyi lagu tuh. tetiba si lala, khurul dengan emma nie, gelak terguling guling membahan iolls. diowang cakap tak sangka iolls layan lagu tuh, tak cukop dengan tuh, diowang cakap tak padan lagu tuh dengan perangai ganas ntahpape aku.tak boleh diterima akal diowang gamaknye. kejammm sungguh, baru perasan dan perasaan nak jadik macam comell sikit. ehh,,geli pulak..

tapi walaupun begituh, zahirnya mereka tak tahu yang iolls nie suka bende bende yang comell jugak. yolahh,,nak harap muka comell memang tak laa kan, selebet je hari hari. tapi takpe, ade benda benda comell pun jadik laa. boleh jugak mengubat hati yang lara nie. haa,,hambekk engko,,metafora habeh..

benda comell pertama, memperkenalkan......


  1. CHE' YOH..si kucing yang pemalas, hari hari mintak makan even dah kasi makan, dan akhirnya terbongkang tido kat merata tempat.



nie benda comell yang paling aku sayang okeyh. nothing can distract us gituh. ibu aku kasi nama dia dulu meroh. tapi ntah macam mana tukaq pi jadik CHE'YOH pulak. jaga benda nie senang je, sebab che'yoh nie melahap ape yang aku makan. aiskrim, coklat, choki choki, roti canai, nugget, bebola, semua jalan dekat dia nie. paling tak menahan harituh dia makan aku punya potato chips, habis setengah bekas pi masok perot dia.silap silap haribulan dapat diabetis, hypertension, heart attack kucing nie. hidop dia nie bervisikan "MINTAK SAMPAI DAPAT". selagi dia tak dapat benda tuh, selagi tuh dia bising memekak tepi telinga. 
bila dah dapat, tido terbongkang dekat merata tempat.


secondly, enchikk babbbitttt dan pasangannya.


adek aku yang last tuh dah lama memendam cita cita nak bela rabbit. tetiba satu harituh, mak safwan  (safwan tuh membe sekolah lama time darjah satu dulu) cakap nak kasi rabbit dekat aku. apolagi, teros laa pi ambik rabbit nie dekat rumah dia. mak dia betol betol kasi yang betina, yang jantan tuh kira buat kawan laa. tak lama lepas tuh, dah dapat baby.so iolls pulang balik yang jantan tuh. tapi tapi tapi, frust pulak aku dengan rabbit sekor nie sebab dia sibok bercinta pulak dengan si dolly (dolly tuh rabbit sapentah yang sesat barat dekat rumah aku). bercinta punya pasal sampai baby dia yang 5 ekor tuh lesap entah kemana. sakit betoll hati  kite nie!!!

last sekali, budak alippp yang super duper hyperactive.



engko jangan cakap aku membela budak pulak okeyh. kang sat lagi aku pi tampaq muka hang.. ohohoho..emosi sangat..budak kecik alolololo tomeiii tomeiii nie bukan adek iolls okeyh. alif nie aku jumpe time ikot abah pi kuliah jumaat dekat masjid. nampak je iolls muka garang, tapi dalam hati ada taman okeyh..tak memasal pulak dah. siyesly,,aku memang suka gila dekat bebudak especially budak lelaki yang umor setahon and above. baby baby iolls layan jugak, tapi macam kekok sikit nak pegang takot sat lagi patah riuk pulak anak orang. budak pompuan iolls malas nak melayan sangat, sebab depa nie perabih dok tayang muka comell duckface je. menyampah pulak. dengan alipp nie memacam iolls buat, kasi buat roket laa, kapal laa, kasi makan kueh, minum air zamzam. sampaikan time nak balik, si alipp nie meroyan pulak nak ikot akak comell nie balik.. ahahahaha,,over!!. tapi betol, alipp nak ikot aku balik okeyh. 




okeyh,,dah,,sekian saje untok hari nie. tak memasal buat entry tak tentu pasal macam nie.

nah,,belanja gambor CHE'YOH dengan FESMUKK..

assalamualaikum..





Sunday, 8 June 2014

hari yang paling epic


assalamualaikum..

disebabkan aku dah lama sangat tak update sepatah haram kat belog nie, maka aku dah tadok idea nak tulih ayat introduction.macam awkard pulak rasenye..

puihhh..terasa menyampah membaca ayat sebegini.

okeyh laa.mari laa kite straight forward to the point saje ehh..

aku rase hari semalam ada laa hari yang paling epic sekali dalam hidop aku. dia punya tahap epic tuh macam kalah cerita hindustan bak hang.

cerita nye bermula dalam seminggu lepas bila aku dengan classmate dapat tahu yang permohonan kiteowang nak dudok kolej GAGAL..haa..caps lock aku kasi bab GAGAL tuh. huru hara ko tak payah cakap laa.phone aku tuh sampai kontang kedit dok call membe sini sane. tak cukop phone sendiri, dengan phone aboh pun aku rembat sekali. payah ohh nak cari rumah sewa,pastuh nak cari housemate lagi, part paling payah bila nak deal dengan tuan rumah.sungguh,,macam nak tercabot fius otak.

bila dah settle bab rumah sewa, rase macam boleh bernafas laa sikit.

tang part nie, aku nak cakap terima kaseh banyak2 dekat khurul sebab telah melamar aku jadik roomate beliau. malam yang bebudak nie kecoh cari umah sewa, aku memang dah menyampah, mental breakdown, tambah pulak lately nie aku selalu gila sakit kepala. nak suruh comfirm dudok laa, apekebenda laa, memang serabai. lantas sebagai alternatif lain, aku mesej emma cakap aku nak tido. lantak kowang laa. Allah permudahkan jalan aku, bila pagi esoknya khurul call ajak dudok sekali. memula aku macam serba salah jugak kan sebab dee ngan zati tadok rumah lagi. takkan laa aku seenak rase nak main cabot gituh, pastuh biar pulak mereka terkapai kapai..aicehhh..nampak baik dok,,so mokcik2 boleh laa apply mintak jadik calon mertua ehh.. ahahahahaha..macam banggang pulak. sambung balik tadi, pastuh si khurul nie pulak yang bersusah payah cari kan satu bilik lagi untuk dee ngan zati. at first dapat, tapi last last cancel pulak. in the end aku ngan khurul dapat bilik kat atas al jabbar kat bandar.

sampai laa pada hari kejadian.

haa,,sempot engko membace,aku nak cerita pun macam tak cukop nafas. inhaler please!!!

pepagi lagi aku dah bertolak dari rumah. cari barang barang dapor iolls. sampai kat bawah umah sewa tuh lepas zohor. tunggu pulak tengah panas, menanti anak tuan rumah yang tak kunjung tiba. bila akak tuh dah sampai, naik atas, tengok bilik.nak cakap gempak sangat umah tuh, tak pun, tapi not bad laa.belajor bersyukur sikit. dah puas hati bayor laa sewa sebanyak rm 290 hinggit tunai. terketar tangan mok long, melayang gituh je duit. lepas tuh, aku menggasak laa tentera aku memunggah bebarang aku naik atas. nasib ada pidaus dengan adek, diowang laa menghangkot segala macam tok nenek barang kat dalam kereta. aboh dengan ibu memang tak larat dah nak tunggu lama lama so molek laa mereka beransur pulang.

lepas parents aku ngan khurul balik, kiteowang nak kemas pun macam malas bapak. lantas bergossipp sakan setelah berbulan cuti nampak macam afdhal. pumpangpumpang bercerita, sampai dah tadok modal, baru laa terhegeh hegeh nak start segala bagai. aku baru nak membasoh toilet yang disaster tuh, dan si khurul pulak baru nak mengelap meja study,tetiba cham call aku,emma pulak call khurul, cakap diowang dapat KOLEJ!!..

memacam perasaan time tuh pun hado.apo lagi, marathon ahh aku ngan khurul siap siap nak gi upk pulak,tambah pulak time tuh lagi 15 minit before office hour tutup. cuak tak payah cakap. sampai depan pagar kolej, lagi 3 minit, berlari pulak nak menyampai kat upk tuh. berpusing budak part 1 tengok pehal laa akak nie main kejor kejor dok terjerit bagai. ahh persetankan je, kiteowang tak pikir malu dah, pikir janji nak dapat kolej je. sampai upk, kasi kad matrik, tuptaptuptap, teros dapat kunci bilik. simple cenggitu je upk buat padahal dia tahu tak susah payah tak tido malam aku bila dia buat GAGAL kolej padahal sem lepas macam hape je kumpol kupon.

habeh satu bab, alhamdullilah dapat tingkat 4. time part 2,3,4, dulu bila dapat tingkat 4 rasa macam memacam benda nak keluar, tapi bila dah jadik budak rayuan, tingkat 4 kolej siswi tuh rasa berkali ganda bagos dari umah sewa. 

settle satu hal, datang pulak yang lain. yang nie parah sikit sebab cerita dia acano den nak punggah bebarang yang kat umah sewa bawak datang kolej pulak. tambah pulak perot dah bergendang nak melahap. pendekkan cerita, lepas deal dengan pak jo yang nak tolong angkot barang lepas isyak, kiteowang pun cari laa benda yang boleh dilahap kat pasor malam.

ingat dah pendek dah cerita nie,rupanya tak pulak.

sampai kat rumah sewa, pintu depan tuh tak boleh nak bukak pulak..alahai..memang menguji tahap kesabaran dan keimanan betol lah. dengan penat tak hilang ke hulu hilir lagi, kena mengerah tenaga pulak nak bukak pintu yang satu tuh. puas dah aku ngan khurul cucok cucok kasi masok, kejap kunci dia, pastuh kunci aku pulak. hasilnya macam harommm je. last option call  tebal muka, call balik pokcik tuan rumah. nasib akak tuh sampai awal laa jugak, baru laa boleh masok. dah alang alang tuh, khurul pun kasi tahu yang kiteowang tak jadik dudok. serba salah jugak, tapi akak tuh cool je. maybe dah selalu kowt hadap kes sebegini.

tak lama lepas tuh, emma,cham ngan lala sampai. mereka pun antare insan insan berjasa jugak sebab dah susah payah tolong punggahkan barang aku dengan khurul. pendek lagi cerita, lepas isyak, pak jo pun sampai bersama van beliau. siap campak segala benda dalam van, ingat dah boleh bergumbira ke kolej tercinta, tetiba si khurul misplace pulak master key depan umah tuh. puas pulak korek balik segala beg, aku pulak berlari patah balik naik atas, takot kunci tercicir atas katil ke,.last last alhamdullilah jumpa jugak.

dah sampai kolej, satu lagi benda dah boleh tolak tepii.

sekarang nie cerita dia, azab nak menghangkot bebarang naik tingkat 4 tuh. penat toksah cakap laa. tak terdescribe tahu. dua tiga kali turun jugak laa kiteowang berlima,baru laa semua nya berjaya dihangkot.
sampai bilik tercunggap cunggap. setengah jam mintak nafas baru laa start nak unpack segala bagai. khurul kasi aku unpack dulu, then baru laa dia. siap selesai semua dah, tengok jam dah pukol 12. lala, emma ngan cham pun dah settle kemas. 

menggunakan khidmat emma dan cham, kiteowang pun melahap buah kuini, aku pun tak reti nak eja macam mana, bahan jew laa. aku bawak 10 bijik, 7 bijik malam tuh dilahap. time nak bawak tuh, aku  takot tak habeh je, tapi lala first time makan buah tuh, dia yang paling hebat sekali. lepas nie seguni pun aku sanggop bawak. baru berjasa bila dapat membe yang betol betol makan cennggini..

settle makan, baru laa memasing beransur nak mandi. penat satu hari nie terasa macam nak terlerai segala organ dekat badan. dengan aku, khurul yang jadik macam kalah heroin hindustan lagi. nie kalau buat novel, kurang kurang jadik bestseller aku. epic tahap giga bak hang.

sampai kat situh jew laa cerita aku, pukol 1 aku panjat katil. tido memang tak pikir pape dah lepas tuh..

tammattttt...

assalamualaikum.