assalamualaikum..
baru aku perasan, yang entry aku pasal dudok kolej tuh,rupanye first entry untok tahon nie. tetiba rase macam hebat pulak.
aicehh,,tak memasal pulak kan.
ada satu harituh, aku bukak lagu cerita frozen tuh, lepas tuh iolls pun bajet bajet nak fefeelling jadik comell so iolls pun bahan laa menyanyi lagu tuh. tetiba si lala, khurul dengan emma nie, gelak terguling guling membahan iolls. diowang cakap tak sangka iolls layan lagu tuh, tak cukop dengan tuh, diowang cakap tak padan lagu tuh dengan perangai ganas ntahpape aku.tak boleh diterima akal diowang gamaknye. kejammm sungguh, baru perasan dan perasaan nak jadik macam comell sikit. ehh,,geli pulak..
tapi walaupun begituh, zahirnya mereka tak tahu yang iolls nie suka bende bende yang comell jugak. yolahh,,nak harap muka comell memang tak laa kan, selebet je hari hari. tapi takpe, ade benda benda comell pun jadik laa. boleh jugak mengubat hati yang lara nie. haa,,hambekk engko,,metafora habeh..
benda comell pertama, memperkenalkan......
- CHE' YOH..si kucing yang pemalas, hari hari mintak makan even dah kasi makan, dan akhirnya terbongkang tido kat merata tempat.
nie benda comell yang paling aku sayang okeyh. nothing can distract us gituh. ibu aku kasi nama dia dulu meroh. tapi ntah macam mana tukaq pi jadik CHE'YOH pulak. jaga benda nie senang je, sebab che'yoh nie melahap ape yang aku makan. aiskrim, coklat, choki choki, roti canai, nugget, bebola, semua jalan dekat dia nie. paling tak menahan harituh dia makan aku punya potato chips, habis setengah bekas pi masok perot dia.silap silap haribulan dapat diabetis, hypertension, heart attack kucing nie. hidop dia nie bervisikan "MINTAK SAMPAI DAPAT". selagi dia tak dapat benda tuh, selagi tuh dia bising memekak tepi telinga.
bila dah dapat, tido terbongkang dekat merata tempat.
secondly, enchikk babbbitttt dan pasangannya.
adek aku yang last tuh dah lama memendam cita cita nak bela rabbit. tetiba satu harituh, mak safwan (safwan tuh membe sekolah lama time darjah satu dulu) cakap nak kasi rabbit dekat aku. apolagi, teros laa pi ambik rabbit nie dekat rumah dia. mak dia betol betol kasi yang betina, yang jantan tuh kira buat kawan laa. tak lama lepas tuh, dah dapat baby.so iolls pulang balik yang jantan tuh. tapi tapi tapi, frust pulak aku dengan rabbit sekor nie sebab dia sibok bercinta pulak dengan si dolly (dolly tuh rabbit sapentah yang sesat barat dekat rumah aku). bercinta punya pasal sampai baby dia yang 5 ekor tuh lesap entah kemana. sakit betoll hati kite nie!!!
last sekali, budak alippp yang super duper hyperactive.
engko jangan cakap aku membela budak pulak okeyh. kang sat lagi aku pi tampaq muka hang.. ohohoho..emosi sangat..budak kecik alolololo tomeiii tomeiii nie bukan adek iolls okeyh. alif nie aku jumpe time ikot abah pi kuliah jumaat dekat masjid. nampak je iolls muka garang, tapi dalam hati ada taman okeyh..tak memasal pulak dah. siyesly,,aku memang suka gila dekat bebudak especially budak lelaki yang umor setahon and above. baby baby iolls layan jugak, tapi macam kekok sikit nak pegang takot sat lagi patah riuk pulak anak orang. budak pompuan iolls malas nak melayan sangat, sebab depa nie perabih dok tayang muka comell duckface je. menyampah pulak. dengan alipp nie memacam iolls buat, kasi buat roket laa, kapal laa, kasi makan kueh, minum air zamzam. sampaikan time nak balik, si alipp nie meroyan pulak nak ikot akak comell nie balik.. ahahahaha,,over!!. tapi betol, alipp nak ikot aku balik okeyh.
okeyh,,dah,,sekian saje untok hari nie. tak memasal buat entry tak tentu pasal macam nie.
nah,,belanja gambor CHE'YOH dengan FESMUKK..
assalamualaikum..




No comments:
Post a Comment